[INFO] KETAHUI 15 RAHSIA BESAR KAABAH

Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam. Ia terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. 
Ada sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah.Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untukmembersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Wallahualam…

SUMBER : FACEBOOK
[GAMBAR] KETAHUI FUNGSI REKABENTUK KAABAH

[GAMBAR] KETAHUI FUNGSI REKABENTUK KAABAH





Ketahui Struktur Rekabentuk Kaabah :
Bahagian Luar
Kaabah berbentuk segi empat, dibina dengan batu biru yang keras. Ketinggiannya mencecah sehingga 15 meter. Panjang sisi tempat pancuran air mizab dan sisi depannya ialah 10.1 meter. Panjang sisi pintu Kaabah dan belakang ialah 12 meter. Manakala, Pintu Kaabah setinggi 2 meter dari lantai dan naik dengan menggunakan tangga seperti tangga mimbar. Tangganya dibuat dari kayu berlapis perak yang dihadiahkan oleh salah seorang pengusaha India ke Kaabah. Tangga tersebut tidak diletakkan di dekat Kaabah kecuali jika pintu itu akan dibuka untuk kunjungan dalam peristiwa tertentu. Biasanya pintu kaabah kurang daripada 15 kali setahun.



Mengenal Ka'bah


Di sudut sebelah kiri pintu Kaabah, terdapat Hajar Aswad. Tingginya 1.5 m dari atas lantai thawaf. Orang Arab menyebut sudut (rukun) Kaabah sesuai arah kemana rukun itu menghadap. Yang menghadap ke Utara dinamai rukun Irak. Yang menghadap ke Barat dinamai rukun Syam. Ke Selatan rukun Yamani. Dan yang ke Timur dinamai rukun Hajar Aswad karena Hajar Aswad berada di sudut tersebut.
Hajar Aswad adalah sebuah batu mengkilat berbentuk oval tidak beraturan. Warnanya hitam kemerah-merahan. Di batu itu terdapat warna merah dengan garis-garis kuning bekas penempelan potongan-potongan Hajar Aswad yang pecah. Diameternya kurang lebih 30 cm. dan dikelilingi dengan bingkai perak setebal 10 cm.
Pancuran yang muncul dari atas atap di bagian tengah dinding rukun utara dan rukun barat adalah mizab rahmah. Mizab ini dibuat oleh al-Hajjaj bin Yusuf dengan tujuan agar air tidak tergenang di atap Ka’bah. Pada tahun 959 H, Sultan Sulaiman al-Utsmani mengganti ujungnya dengan bahan perak. Kemudian pada tahun 1021 H, Sultan Ahmad al-Utsmani mengganti ujungnya dengan perak berukir yang ditulis dengan tinta biru berselang-seling emas. Pada tahun 1273 H, Sultan Abdul Majid al-Utsmani mengirim pancuran air yang seluruhnya terbuat dari emas. Mizab atau pancuran air itulah yang ada sampai sekarang ini.
Di depan mizab terdapat al-hatim. Iaitu bangunan melengkung setengah lingkaran yang kedua ujungnya berada di rukun utara dan barat dengan jarak 2,3 m. Tingginya 1 m dan tebalnya 1,5 m. Bagian ini dibeton dengan batu pualam berukir. Dan di sepanjang bagian atas terdapat tulisan yang dipahat. Jarak dari tengah dinding bagian dalam ke dinding Kaabah 8.44 m. Ruang yang ada di antara keduanya disebut Hijir Ismail. Tiga meter dari ruang ini, pada masa Nabi Ibrahim ‘alaihissalam termasuk bangunan Kaabah. Ada yang menyatakan bahwa Hajar dan Ismail dimakamkan di tempat ini.
Bahagian Dalam



Gambar 1
Gambar 1

Gambar 1: Salah satu rukun atau sisi Kaabah al-Musyarrfah. Nampak di bagian atas bagian kain kiswah dalam yang khusus untuk Kaabah.



Gambar 2
Gambar 2

Gambar 2: Almari di dalam Kaabah. Posisi almari ini tepat berada di depan pintu Kaabah (jika dilihat dari bagian dalam). Di atasnya biasa diletakkan alat pewangi dari asap kayu gaharu yang khusus untuk mengharumi ruangan Kaabah. Biasanya hal ini dilakukan setelah prosesi pencucian Kaabah. Di dalam almari ini juga tersimpan kapur pewangi yang beraroma mawar untuk membaluri dinding Kaabah agar tetap wangi. Hal itu juga dilakukan setelah dinding-dinding Kaabah dicuci dengan air zam-zam yang dicampuri dengan air mawar.



Gambar 3
Gambar 3

Gambar 3: Ini adalah tempat solat Rasulullah ﷺ ketika beliau memasuki Kaabah yang mulia. Raja-raja, Gabenor-Gabenor Mekah al-Mukaramah, atau tetamu kerajaan selalu solat di tempat ini sebelum memulai prosesi pencucian Kaabah yang mulia. Mungkin setelahnya bisa jadi orang-orang yang turut serta dalam prosesi pencucian Ka’bah atau masyarakat biasa ikut shalat pula di tempat ini. Kita memohon kepada Allah termasuk orang-orang yang mendapatkan keutamaan itu.



Gambar 4
Gambar 4

Gambar 4: Bagian kecil di dinging Ka’bah berupa batu tertentu. Posisinya menghadap tempat solat Nabi ﷺ tadi. Pada batu tersebut tertulis kalimat “laa ilaaha illallaah, Muhammad rasulullah”.



Gambar 5
Gambar 5

Gambar 5: Sebuah pintu yang terdapat di dalam Kaabah. Pintu ini bukanlah pintu utama Kaabah. Pintu ini dinamakan pintu taubat. Di dalam pintu tersebut terdapat tangga menuju ke atap Kaabah.



Gambar 6
Gambar 6

Gambar 6: Tiga buah tiang di dalam Kaabah. Tiang ini terbuat dari kayu yang terbaik dan disepuh dengan emas murni. Bahagian atasnya terlihat kain kiswah bahagian dalam yang berwarna hijau. Nampak juga pada gambar ini lampu-lampu kecil, tempat pengasapan kayu gaharu, dan wadah-wadah. Benda-benda tersebut adalah hadiah pemberian dari para khalifah, para sultan, para amir, dan para raja sepanjang sejarah Islam untuk Kaabah yang mulia.



Gambar 7
Gambar 7

Gambar 7: Terlihat 3 tiang lainnya yang berada di dalam Kaabah. Tiga buah tiang yang dibuat dari kayu yang terbaik dan disepuh dengan emas murni. Nampak pada gambar pintu masuk Kaabah atau dikenal dengan Pintu Kaabah. Pada gambar ini juga terlihat almari yang berada di depan Pintu Kaabah dan di atasnya terdapat alat untuk pengasapan kayu gaharu. Yang digunakan untuk mengharumkan ruang dalam Ka’bah.

[INFO] TENTERA TERAKHIR YANG MENJADI BENTENG MASJID AL-AQSHA



Selama empat abad, Palestina berada di bawah kekuasaan Turki Utsmani (Ottoman). Sampai akhirnya Inggris mengambil kendali atas wilayah tersebut. Ottoman pun telah melakukan segala upaya, berjuang keras mempertahankan Jerusalem dari serangan Inggris, namun hal itu tidak membuahkan hasil yang diinginkan. Hingga diperkirakan 25.000 tentara mereka tewas. Akhirnya, mereka tidak punya pilihan selain menyerah. Gubernur Ottoman menulis dekrit berikut:
Photo credit: Phil McKenzie
Photo Credit : Phil McKenzie

  

"Due to the severity of the siege of the city and the suffering that this peaceful country has endured from your heavy guns; and for fear that these deadly bombs will hit the holy places, we are forced to hand over to you the city.”
Signed Izzat the Mutasarrif of Jerusalem
Kerana gencarnya pengepungan dan penderitaan yang dipikul negeri ini disebabkan senjata berat dan kekhawatiran akan bom-bom mematikan yang bisa meluluh-lantakkan tempat-tempat suci, kami terpaksa menyerahkan kota ini kepada Anda.
Yang menandatangani Izzat yang Mutasarrif Yerusalem.

Pada 11 Disember 1917, dengan berjalan kaki, Jenderal Inggris Edmund Allenby memasuki Kota Jerusalem. Kota suci itu akan berada di bawah mandat Inggris dan setahun kemudian akan jatuh di bawah pendudukan Israel. Sebuah negara Yahudi yang baru saja terbentuk.
Ottoman Army 3
















Berikut adalah beberapa foto dari tentara Ottoman di Masjid Al-Aqsa sebelum Inggris mengambil kendali atas kota suci tersebut:
Ottoman Army 4
Ottoman Army 1
Ottoman Army 5
Foto di bawah ini menjelaskan kepada kita mana yang dimaksud dengan Masjid al-Aqsha:
Ottoman Army 6


















Memakai pakaian gambar haiwan ketika Solat


Jawapan yang diringkaskan daripada islam-qa
Pertama : Tidak harus memakai pakaian yang ada gambar haiwan atau manusia. Berdasarkan kepada riwayat al-Bukhari (3226) dan Muslim (2160) daripada Abi Talhah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda : 
“Malaikat tidak memasuki rumah yang ada padanya gambar”. [RUJUK : Matalib Uli al-Nuha 1/353]
Sheikh Ibn Uthaimin r.h ditanya tentang hukum memakai pakaian yang ada gambar haiwan atau manusia. Beliau menjawab : 
“Tidak harus bagi seseorang memakai baju yang ada padanya gambar haiwan atau manusia…..”
Kedua : Sah solat dengan pakaian yang ada gambar manusia atau haiwan. Cuma ia berdosa . Anggota Lembaga Tetap Fatwa Arab Saudi menfatwakan tidak harus seseorang solat dengan memakai pakaian yang ada gambar benda-benda yang mempunyai roh seperti manusia, haiwan dan lain-lain. Dan tidak harus juga memakainya walaupun di luar solat.
Adapun solat, maka sah solatnya dan ia berdosa.
[RUJUK Fatwa al-Lajnah al-Da’imah 6/179]
Kesimpulannya, adalah lebih baik, kita memakai pakaian yang tidak bergambar. Mudah-mudahan solat kita diterima Allah taala.

Mencuci pakaian bernajis dengan washing machine

Mesin basuh sebenarnya adalah perbuatan membasuh pakaian yang telah diambil alih oleh mesen dan teknologi (fully automated). Tetapi sebenarnya ia adalah aktiviti membersihkan pakaian, cuma ia dilakukan oleh mesin dan dibantu dengan micro-processor (Mesin basuh automatik sepenuhnya).
Ia menggunakan detergen berkuasa tinggi, ada kitaran basuhan (wash), spin, bilasan (rinse) dan ia sebenarnya adalah aktiviti basuhan secara biasa, cuma bezanya ia dilakukan oleh mesin berIT.
Maka hukum pakaian yang bernajis ringan seperti madzi jika dibasuh oleh washing machine juga adalah suci sebagaimana ia dibasuh secara manual (Islam Online, fatwa Syaikh Ahmad Kutty, Toronto, Canada, 2003)

Air mustakmal adalah suci lagi menyucikan. Ini pendapat asal Imam Syafi’iy. Syarahnya, lihat siri 23 Syarh Fiqh Sunnah di AAN. Madzhab lain juga air mustakmal adalah suci. Dalam isu washing machine, tidak ada isu air mustakmal, kerana washing machine menggunakan air yg baru setiap kali ia melakukan fungsi Wash dan Rinse. sekian

Melukis/cat Wajah anak-anak di parti


Berkaitan dengan hal ini ialah hukum tasyabbuh/menyerupai haiwan. Ilmuan Islam telah menggariskan satu prinsip umum bahawa meniru bentuk atau perlakuan haiwan adalah makruh, bahkan boleh menjadi haram.
Mereka berhujah bahawa dalam al-Quran dan al-Hadis, jika kita menemui perbandingan antara haiwan dan manusia, ia sering membawa maksud penghinaan.
Contohnya, Allah berfirman:

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. [al-A’raf: 176]

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. [al-Jum’ah: 5]
Kita boleh melihat bagaimana Rasulullah saw bermain-main dengan cucu-cucunya dengan berpura-pura menjadi kuda atau untuk tunggangan. Baginda membenarkan cucunya, al-Hasan dan al-Husain untuk menunggang di belakangnya. 
Kemudian baginda bersabda kepada mereka: 
Hebat sungguh kuda yang kalian miliki. [Mu’jam al-Thabrani dengan sanad yang hasan]
Dalam riwayat yang lain, baginda dikatakan bersabda kepada cucunya: Betapa hebatnya unta yang kalian miliki, dan betapa baiknya kalian.
Ini menunjukkan bahawa meniru haiwan tidak terlarang di dalam semua keadaan. Konteks kejadian di atas ialah di mana seseorang bermain dengan anak-anaknya. Adalah sesuatu yang normal untuk seorang ayah bermain-main dengan anaknya di rumah, dan ia adalah sesuatu yang diterima di dalam masyarakat.
Maka, hal yang sama diambil kira dalam isu mengecat wajah anak-anak ketika parti. Ia adalah merupakan satu hiburan untuk anak-anak ketika hari-hari istimewa tersebut. Ia tidak menyebabkan rasa malu atau merendahkan maruah anak-anak itu.
Oleh kerana itu, melukis/cat wajah anak-anak di parti atau lain-lain keramaian adalah selari dengan tingkah laku Rasulullah bersama anak-anaknya. Ia dibenarkan.
Wallahua’lam.

Hukum Bersalam dengan wanita ajnabi?


Berdasarkan pengamatan ulama, seorang lelaki tidak boleh bersalaman dengan wanita ajnabi.
Seorang tokoh mazhab Shafie yang disegani, Imam al-Nawawi menegaskan :
‘Sesungguhnya halal melihat kepada wanita ajnabi jika ia ingin menikahinya, atau ketika urusan jual beli, atau ketika mengambil sesuatu barang atau memberi kepadanya dan seumpamanya dan tidak harus menyentuhnya dalam sesuatu situasi berkenaan’. (al-Azkar, 228).

Dalilnya ialah ummul Mukminin Aisyah r.a pernah bersumpah menafikan Rasulullah s.a.w. pernah menyentuh tangan wanita dalam bai’ah peristiwa hijrah :

‘Demi Allah, tangan baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita pun, baginda hanya berbai’ah dengan ucapan’. (Fath al-Bari 11/345-346 dan Sharh Sahih Muslim 13/10).

Hadis ini menjelaskan bahawa bai’ah wanita hanya berlaku dengan ucapan sahaja tanpa bersalaman. (Sharh Sahih Muslim 13/10).
Ini disokong oleh satu riwayat lain di mana Umaimah binti Raqiqah r.ah pernah berkata :
‘Aku datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam kumpulan wanita, kami ingin berbai’ah dengannya. Kami berkata : “Kami berbai’ah denganmu wahai Rasulullah bahawa kami tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, kami tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan membuat cerita dusta yang direka-reka serta kami tidak akan mengingkari perintahmu pada kebenaran”. 
Lantas Rasulullah s.aw. bersabda : 
“Pada perkara yang kamu mampu dan berdaya”. 
Umaimah menceritakan lagi : 
“Kami berkata bahawa Allah dan RasulNya lebih mengasihani kami daripada diri kami, ayuhlah kami ingin berbai’ah denganmu wahai Rasulullah”.
Lalu Nabi s.a.w menjawab : 
“Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita, sesungguhnya perkataanku kepada seratus orang wanita adalah seperti perkataanku kepada seorang wanita atau seumpama perkataanku kepada seorang wanita”.
(HR al-Tirmizi 4/151-152, al-Nasa’i 7/149, Ibn Majah 2/959. al-Tirmizi menyebut : ‘Hadis ini hadis hasan sahih).
Hadis ini adalah nas yang jelas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. tidak bersalaman dengan wanita ketika berbai’ah. Jika Nabi seorang yang maksum tidak bersalaman ketika bai’ah, maka lebih aula hukumnya dalam situasi selain bai’ah. Apabila Rasulullah s.a.w. tidak bersalaman dengan wanita, sudah tentu kita juga wajib mengikut sunnah baginda kerana baginda s.a.w. adalah qudwah dan ikutan kita semua.
Wallahualam