Mesin basuh sebenarnya adalah perbuatan membasuh pakaian yang telah diambil alih oleh mesen dan teknologi (fully automated). Tetapi sebenarnya ia adalah aktiviti membersihkan pakaian, cuma ia dilakukan oleh mesin dan dibantu dengan micro-processor (Mesin basuh automatik sepenuhnya).
Ia menggunakan detergen berkuasa tinggi, ada kitaran basuhan (wash), spin, bilasan (rinse) dan ia sebenarnya adalah aktiviti basuhan secara biasa, cuma bezanya ia dilakukan oleh mesin berIT.
Maka hukum pakaian yang bernajis ringan seperti madzi jika dibasuh oleh washing machine juga adalah suci sebagaimana ia dibasuh secara manual (Islam Online, fatwa Syaikh Ahmad Kutty, Toronto, Canada, 2003)
Air mustakmal adalah suci lagi menyucikan. Ini pendapat asal Imam Syafi’iy. Syarahnya, lihat siri 23 Syarh Fiqh Sunnah di AAN. Madzhab lain juga air mustakmal adalah suci. Dalam isu washing machine, tidak ada isu air mustakmal, kerana washing machine menggunakan air yg baru setiap kali ia melakukan fungsi Wash dan Rinse. sekian