Memakai pakaian gambar haiwan ketika Solat


Jawapan yang diringkaskan daripada islam-qa
Pertama : Tidak harus memakai pakaian yang ada gambar haiwan atau manusia. Berdasarkan kepada riwayat al-Bukhari (3226) dan Muslim (2160) daripada Abi Talhah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda : 
“Malaikat tidak memasuki rumah yang ada padanya gambar”. [RUJUK : Matalib Uli al-Nuha 1/353]
Sheikh Ibn Uthaimin r.h ditanya tentang hukum memakai pakaian yang ada gambar haiwan atau manusia. Beliau menjawab : 
“Tidak harus bagi seseorang memakai baju yang ada padanya gambar haiwan atau manusia…..”
Kedua : Sah solat dengan pakaian yang ada gambar manusia atau haiwan. Cuma ia berdosa . Anggota Lembaga Tetap Fatwa Arab Saudi menfatwakan tidak harus seseorang solat dengan memakai pakaian yang ada gambar benda-benda yang mempunyai roh seperti manusia, haiwan dan lain-lain. Dan tidak harus juga memakainya walaupun di luar solat.
Adapun solat, maka sah solatnya dan ia berdosa.
[RUJUK Fatwa al-Lajnah al-Da’imah 6/179]
Kesimpulannya, adalah lebih baik, kita memakai pakaian yang tidak bergambar. Mudah-mudahan solat kita diterima Allah taala.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »