Wudhuk Sambil Mandi Shower



Sah ambil wudhuk bersama mandi itu jika diratakan air ke seluruh anggota wudhuk dengan niat wudhuk dan mengikut tertib, iaitu bermula dengan membasuh muka, diikuti tangan ke siku dan seterusnya. Namun hukumnya mengambil wudhuk sebegitu makruh kerana menyebabkan penggunaan air yang banyak (pembaziran).


Abdullah bin ‘Amru RA menceritakan; Rasulullah SAW telah terserempak dengan Saad RA yang sedang mengambil wudhuk (dengan menggunakan air yang banyak). Lantas baginda menegurnya; “Pembaziran apakah ini wahai Sa’ad?”. Sa’ad menjawab; “Apakah dalam mengambil wudhuk juga dikira pembaziran?”. Rasulullah menjawab; “Ya! Sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir” (Musnad Imam Ahmad; 7065. Sunan Ibnu Majah; 425. Status hadis; dhaif).


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »